Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, bertemu kembali dengan blog saya yang baru ny
Hmm. Maklumlah blog yang lama tu macam dh tak betul je kann.
Berkenaan dengan tajuk besar diatas tu, 8 MEI 2013 saya telah didaftarkan sebagai tingktan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Benut.
Actually, mula-mula tak nak masuk. Tapi my father suruh saya pergi ke sana. He said "mana tahu upu tak oke kalau dapat" .. And im always thinking that. That saya punya masa hadapan kan. So, fikir la betul-betul.
Cita-cita saya nak belajar terus sampai ijazah tapi nak buat diploma jugak. Hmm, agak rumit jugak tu.
Now, kerajaan mementingkan pelajar dari matrik and form 6 ke ijazah dahulu. Baru diploma bole masuk tapi terhad kot (jangan percaya sangat, takot tak betul).
Semasa di sekolah tadi, saya difahamkan oleh seorang guru "kalau kita dapat diploma di Universiti, senang sikit nak teruskan ijazah, kalau kita dapt diploma di politeknik, agak rumit sedikit."
That my cikgu, tak kan saya tak percaya pulak. Then saya pun fikir betul-betul, dan saya sudah buat pilihan kalau saya dapt diploma tapi tidak ditempatkan di Universiti (Dip Perakaunan or Pengajian Perniagaan), saya akan teeruskan belajar di tingkatan Enam. Form 6 banyak benefit apa, cuma kene strugle sikit.
Yelaaa kan, kalau nak senang, kene la berusaha. Kalau tak berusaha, tak dapat la Ijazah jawabnye~
Pasal ptptn, actually diploma and form 6 kalau nak amek ijazah, same je kot. Diploma 3 tahun + Ijazah 2 thun. Form6 1 tahun setengah + Ijazah 4 Tahun. Kalau nak fikir bebanan hutang tu, kene la korban sikit kannn. Hmm, sme je kot bebanan kedua-duanya kalau kite nak belajar sampai ijazah. Just beza setahun bebanan hutang.
Pengetahuan :
Belajar di mana-mana pun bagus asalakn kita tetapkan halatuju kita nak kearah mana. Memerlukan sokongan ahli keluarga juga dapat memberikan kita semangat untuk belajar. Kalau ibu bapa pakse kita untuk belajar ketempat yang kita tak ingini, mungkin itu satu masalah. Dengan cara lain, anda memberitahu kepada ibu bapa anda apa yang anda minat dan matlamat anda agar mereka faham. Mungkin ada sesetengah orang, ibu bapa yang tetapkan halatuju anda. Kadang-kadang ia mendapatkan keburkan atau kebaikan, sebagai contoh kebaikannya, mungkin tempat belajar tu bagus, banyak kemudahan, pengajar yang sporting dan mengajar kita sampai faham dan dll. Keburukannya pula, mungkin mata pelajaran yang kita tak minat, berjauhan dengan keluarga, dan lain-lain lagi. Konklusinya, ANDA HARUSLAH MEMPUNYAI HALATUJU YANG BETUL AGAR MENDAPAT KEJAYAAN DI HARI KEMUDIAN DAN DAPAT HIDUP DENGAN SENANG BERSAMA ORANG-ORANG YANG DISAYANGI DAN DAPAT BERIBADAT DENGAN ALLAH DENGA SELESA AMAN DAN HARMONI :) ILMU ITU SANGAT PENTING UNTUK KITA KE JALAN YANG BENAR :)
Salah silap kata, harap ditegur dan diperbetulkan
--Nur Hanian Athirah--